| biring Ib | ayam jantan berbulu merah kekuningan. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pingan Ib | buah terap hutan, daunnya lebar berbuah bulat berbulu dan berwarna kekuningan. | Setelah lama berkahwin, isterinya pun hamil dan mengidamkan berbagai-bagai jenis buah khususnya pingan tetapi waktu itu bukan musim buah. Jengkuan berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| berawan LB | waktu senjakala. | Tolong asuhkan anakku dan anggaplah dia sebagai anakmu sendiri supaya dia tidak akan tahu hal tersebut. Apabila berawan (keadaan pada waktu malam di mana cahaya di luar macam kekuningan) jangan biarkan anak-anak keluar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |