Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ria.ngan] | کرياڠن

Definisi : 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, be­rasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ria.ngan] | کرياڠن

Definisi : , = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riang (adjektif)
Bersinonim dengan ria, girang, gembira, ceria, meriah, seronok, suka, sukacita, senang hati;,
Kata Terbitan : beriang, beriang-riang, beriang hati, meriangkan, keriangan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gadus MSbsejenis tembaga.Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna­-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lihing Kdwain drpd nasi dan ragi yg diperam sekurang-kurangnya tujuh hari.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lembak Bjkain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan.Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna­warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
humabat, *humabot* Kdupacara memberi makan semangat padi dengan melontar hampas tapai agar melekat pada dinding.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
monogit Kdupacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas