| poju Kd Lt | upacara yang diadakan sebelum kerja-kerja mengambil kayu/perkakas membuat rumah dimulakan. | Sebelum alat-alat perkakas membuat rumah itu diambil dari hutan, terlebih dahulu mereka mengadakan upacara "Poju" supaya keselamatan rumah itu terjamin. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mogah Bj Sm, Ir | kain tenunan untuk hiasan. | Kerja-kerja tangan mereka yang bermutu tinggi seperti tenunan kain mogah dan tenunan dastar, menghiasi dinding rumah yang sobek-sobek. | Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| indai Ib | emak. | Apai tak boleh buat kerja tu sendiri. Apai mesti ingat anak-anak apai ini. Indai dah tak ada lagi, apai pula nak meninggalkan kami bertiga! bantah Minyoh. | Novel Pahlawan Rumah Panjang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bengkeng MSr | degil. | Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| indu Ib | wanita; perempuan; betina (binatang); induk. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gar Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |