| cuat MSr | tiang yang dibuat untuk menyokong pokok lada. | Mujurlah ketika itu dirinya tidak berapa mabuk. Sekali henjut macam hendak menyandang cuat lada kembar empat. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| empuruk MSr | sejenis burung berwarna coklat, memakan biji lada; merbah. | Burung madu dan empuruk kedengaran riuh melayani anak masing-masing di sarang yang berdekatan. | Novel Senapang Bemban. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| temawai Ib | bekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru. | Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| serawi MSb | sejenis ikan air tawar, badannya berkilat-kilat dan ekornya berwarna merah. | Omar makan. Berselera dia tengah hari itu badannya berpeluh. Pedas lada yang menjadi perencah ikan serawi yang menjadi lautnya itu terasa sedang oleh lidahnya. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pendam Ib | tanah perkuburan. | Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |