| bakayawa Ir | bambu. | Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| popolintuhun Kd | upacara memijak tanah untuk bayi yang baru lahir (berumur seminggu). | Seminggu selepas anak itu dilahirkan, dukun wanita itu sekali lagi dipanggil untuk menjalankan upacara memijak tanah atau "Popolintuhun". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sunduan Kd KB | sejenis roh baik. | Sunduan - Semangat anak yang baru lahir, menentukan watak, bakat, akhlak dan kecerdasan anak itu di masa depan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| singkowoton Mr | sesuatu yang berharga kepada seseorang. | Singkowoton bagi seorang pahlawan adalah tengkorak manusia yang dimenanginya dalam peperangan, kata suara halus itu, bagai sedang berlagu merdu. Singkowoton bagi seorang gadis adalah mahkota kegadisannya. Singkowoton bagi seorang wanita adalah anak-anak yang bakal lahir dari rahimnya. ..." | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |