| igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| dom, *dum* Ib | panggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki. | Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ondu I Kd | panggilan kepada lelaki yang lebih muda. | “Sumi bilang, dia tahu Ondu dapat menjadi seorang laki yang baik,” Aki menambah masih dengan ketawanya yang lepas bebas itu. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |