| tunu MSr | bakar. | Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lombohon Kd | batang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton. | Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah. | Sompoton erat kembali talian suami isteri | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| korandabit Kd | bahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang. | Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah. | Sompoton erat kembali talian suami isteri | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |