| kongang Ib, MSr | berkeupayaan, bertenaga. | Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sondot Kd | kawasan lembah. | Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sokid Kd | kawasan pedalaman. | Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mongingindapu Kd | membeli dan menjual. | Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |