| lelang Ib | sesat. | Bega yang dikatakan seorang ketua dulu yang telah mati lesi laya lela yang mempelopori kawasan Sungai Rapong yang sesat lelang. Sungai Rapong itu dikatakan 'sesat' pada masa dahulu kerana belum berkuala. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| besundang, *sundang* Ib | batu yang tidak teratur. | Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bebadi Ib | kemalangan. | Setakat itulah cerita tentang Talap pada kali ini. Talap yang mati lesi bebadi laya lenyap yang mempelopori endap Pasa Pungkang. Tanjung di Kuala Pasa itu dipanggil Tanjung Pungkang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nunggang Ib | cerun. | Sampai sekarang Nyawai masih juga dikenang dalam nyanyian dengan kata-kata, "Nyawai yang telah meninggal lesi laya sulai, mempelopori Sungai Bangkit menuruni nunggang. Temegoh yang ramai pengikut, dan ada tiga puluh orang abdi pengurang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lesi Ib | mati. | Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| laya Ib | mati. | Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pengap Ib | nyanyian suci, timang. | Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |