| tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| buru Tb | hantaran perkahwinan. | Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tunggul-tunggul Bj | bendera yang dipacak pada tanah pada hari perkahwinan atau di atas kubur. | KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| susuk tingkayu Tb | dendam (bahasa kiasan suku kaum Sungai). | Pak Odok sering menggagalkan segala rancangan. Itulah pendapat Turagai. Dia mahu Nanak menjadi susuk tingkayu atas kematian Sindan, anak buahnya. Kalau bukan Nanak, Pak Odok pun sudah cukup. Kedua-duanya pun bersalah dan berdosa mengikut perkiraan Turagai. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pisang-pisang Bj, Tb | sejenis perhiasan pada hari perkahwinan yang berbentuk bendera tiga segi yang dipacak pada tanah. | KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kucingan MSb | sejenis pokok semalu yang memanjat. | Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pogil Tb | sejenis tumbuhan berkayu yang berjenis ringan, pucuknya boleh dibuat ubat. | Pak Odok turut tersenyum. Parang di tangannya dimasukkan ke dalam sarung yang terikat di pinggangnya. Pak Odok duduk di atas sebatang kayu. Nanak meletakkan basikalnya di bawah pohon pogil. Dia duduk di sisi Pak Odok. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |