| pau kelasih LB | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pasuk Bj, Sl | paku kayu, pasak. | Biasanya kayu yang digunakan untuk membuat lepa diawetkan seperti diwapkan terlebih dulu bagi tujuan ketahanan. Selain itu, pasuk iaitu paku kayu digunakan bagi menyambungkan setiap bahagian lepa itu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kelindang Ib | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tolinting Kd | pokok paku menjalar. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kemiding Ib, Ml | sejenis tumbuhan paku pakis; Stenochlaena palustris, lembiding. | Khabarnya di restoran ternama harga sayur kemiding naik sehingga RM6 sepiring. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selingkawang, *selingkawan* Bj Sm | sejenis tumbuhan paku pakis yang keras. | Dari celah-celah daun selingkawang itu ia dapat melihat seorang daripada manusia-manusia di bawah bukit itu sedang mengutip daun-daun simpur untuk pembungkus nasi mereka. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tepus Ib, MSr | sejenis tumbuhan herba seperti lengkuas yang boleh dibuat sayuran. | Pucuk rebung, tepus, keladi, kulat, pucuk paku dan kemiding adalah antara tumbuhan liar yang boleh dijadikan sayuran. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| berenong, *renong* Ib | balada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. | Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tanggui seraong, *tanggui seraung* Ib | sejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban. | Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |