| agag LB | sejenis alat untuk menapis beras atau padi, berbentuk bulat dan dibuat daripada buluh atau bemban. Ia berlubang kecil sesuai fungsinya sebagai alat penapis. | Kata Gur, “Kenapa jiran kita itu riuh sangat?” Dia memanggil Angi dari pondoknya. “Oi Angi parut besar! Parut kecil besar agag.” | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tompe Bj Sm | lempeng serbuk ubi kayu parut. | “Ubi masih banyak lagi?” Aku bertanya sambil mencubit tompe. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tapak Bj Sm, Ir, Tb | pinggan kecil. | Matanya terus menekup ke arah cangkir kopi yang belum terusik itu. Tangannya segera menjangkau tapak yang berisi ubi rebus ditabur kelapa parut itu. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |