| monontian Kd | mengandung. | Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kaban-belayan, *kaban belayan* Ib | sanak-saudara, kaum kerabat. | Tapi, bagi Rentap itu tidak penting. Biarlah kaban-belayan hendak kata apa pun. Biarlah keluarganya dipulaukan dan disisihkan. Rentap yakin dia boleh berdikari tanpa terlalu bergantung pada orang lain. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| randau Ib | dialog, perbincangan. | Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |