| raga menarang Ib | sejenis raga yang mempunyai motif anyaman yang khusus (mempunyai corak hitam). | Saka terus balik membawa sebuah raga menarang, yang diberi Raja Remaung dan isterinya, babi hutan yang ditangkap oleh Raja Remaung dibawanya juga. Setelah berjalan untuk beberapa ketika dia pun sampai di rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kelupit LB | sejenis raga sandang dianyam daripada rotan yang digunakan oleh lelaki untuk membawa barang, dan selalunya dijadikan barang hantaran perkahwinan untuk pengantin perempuan. | Maka mereka pun berangkat dari rumah Ilan Piuh itu. Kelupit tadi dibawa Ilan Piuh di belakangnya dan dia (Ilan Piuh) dibawa oleh Ilan Buser di belakangnya. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tertangkin, *tangkin* Ib, MSr | diikat di pinggang, seperti parang, raga dan lain-lain. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bungun Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |