| linut Kn, Ml, Pe | sejenis makanan dibuat daripada tepung rumbia, dimakan dengan cara mencampurkannya dengan air panas dicicah dengan sambal. | Talap mengajak rakyatnya menetap di situ. Mereka cepat pandai mengerjakan rumbia kerana sudah biasa memperolehi sagu palma pantu yang hampir serupa. Mereka pandai membuat makanan seperti linut dan tumpu daripada tepung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |