| rikut-rikut Ib | bunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lang Ib, MSr | pintu. | Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| singut Ib | lebah. | Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pengerebah Ib | sejenis perangkap (pokok) untuk memusnahkan musuh yang sedang melalui sungai. | Ketika sampai di Kuala Matok mereka menemui pengerebah iaitu kayu yang ditebang supaya menimpa perahu dan juga menghalang perjalanan perahu musuh. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| temuai MSr | sejenis perahu. | Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| liang hati, *beliang* MSr | gelabah, terkejut, kaget. | Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja kelihatan berliang hati. Sama seperti dua tiga bulan yang lalu sewaktu aku memberitahunya tentang abangnya Debam Isak yang tiba-tiba saja mahu dijodohkan dengan Mak Ketenten. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| makan salong Kn | kenduri arwah. | Ketika itu sanak-saudara mereka sedang makan salong, kerana menyangka bahawa kedua-dua suami dan isteri tadi sudah meninggal dunia. | Novel Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lanji Ib, MSr | gatal, miang. | Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |