| nyagu Ib | menyanyi (penyanyi latar). | Seni katanya mudah saja, jawab Apai Sabit Bekait. "Langau bukan langau mendebungakan bunga Manding, Ke mana pandong Apai Sabit Bekait condong, Mengelilingi rumah Keling," kata Apai Sabit Bekait mengajar mereka nyagu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mengap Ib | menyanyikan lagu suci. | Awaklah mengap selepas aku, kata Apai Sabit Bekait kepada Keling, "dan awak membantunya," katanya kepada Laja. "Bolehlah," kata Keling dan Laja, "tetapi macam mana kata-katanya?" "Seni katanya mudah saja," jawab Apai Sabit Bekait. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |