Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirih

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Bermaksud :

Kembali ke tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
abap Ibsirih yang boleh dimakan, rasanya pahit.“Oh, ibu yang datang ke mari,” kata Kumang sambil membawa tepak sirih dan duduk bersama ibu Ngelai. Mereka lalu menikmati buah pinang muda yang terasa seperti otak udang Rajang dan melipatkan daun sirih abap.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumbul Bj Smbekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang.Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ.Ayam Jantan, Tanak Wagu dan SumandakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menginggat Kd, Tbmemakan sirih.Aki memandangku dengan tawanya yang besar, menampakkan giginya yang kemerah-merahan oleh kebiasaannya menginggat itu.‘Sekilas...’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
languai, *langguai* Kd Prbekas sirih dan tembakau tidak bertutup.Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, “kumanggi", tanah, kerbau dan babi.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilum Ibpinang yang dikacip dan digulung dengan sirih berkapur untuk dimakan.Mereka dua beradik mengancam dengan suara yang sangat nyaring. Meradana terus menampalkan ilum pinang ke timbau perahu seperti yang dinasihatkan oleh Kumang. Perahu itu terus senget dan hendak karam.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
takang Ibranting pokok.Maka sudah sampailah kita untuk bersusun seperti sirih bertemu takang, menepati aturan seperti tanda buah pinang. Jadi saya sebagai pencerita, moga-moga akan panjang umur seperti kamu semua.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lia jerenang Ibsejenis halia yang boleh dibuat ubat kembung perut (kanak-kanak). Ia biasanya dimakan bersama-sama sirih pinang.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kirai MSbdaun nipah.Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigup MSbtembakau (pada rokok).Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duang tabak Bj Smsejenis talam berkaki.Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas