| resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tajau MSb | sejenis tempayan. | Semua haiwan buruan itu, dijeruk dalam tajau atau disalai supaya tahan lama. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lunda, *minyak lunda* Ib, Ml, MSr | sejenis minyak wangi. | Di situ dia menanggalkan pakaian samarannya, iaitu baju bulu burung garuda dan menghiaskan dirinya. Disapukannya minyak wangi lunda yang berbau seminggu tahan sebulan, kemudian dipasang cawat yang lengkap segala perhiasan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |