| tingga Ib | sejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga. | Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| antuilas Bj Sp | kertas berkilat dan berwarna-warni. | Kepala penari-penari wanita akan dihiasi dengan korona, menyerupai mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal yang ditutupi dengan kain kesumba, kemudian dihiasi pula dengan antuilas, iaitu kertas berkilat dan berwarna-warni. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pasun Ib | sejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik. | Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |