Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lasak MSrbahagian atas kepala yang tidak berambut.Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tingga Ibsejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga.Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
singkol MSrkekok, rasa canggung.Aaaa.... ! Dia agak ragu-ragu hendak mengatakan hasrat awalnya. Ketika menatap wajah Kamalina, dia tidak mengelipkan mata sedang Kamalina berasa begitu singkol dengan orang yang merenungnya begitu. Syam sendiri tidak pernah berbuat begitu terhadapnya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanak tondu Kdanak perempuan.Endunya membisikkan beberapa kalimat. Tangannya melingkar di bahu Enandakan dan jari-jari tuanya sekali-sekala mengusap muka tanak tondunya yang merenung dengan wajah kosong. Air mata merembasi kelopak matanya.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompek ambulung Bj Smlempeng sagu.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas