Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.


Lihat selanjutnya...(173)
Peribahasa

Tahu makan,
     tahu simpan.

Bermaksud :

Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(102)

10

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tahu dan pengetahuanJaafar RahimUtusan Malaysia23.04.1993
Ramli tahu rahsia kerisIhfayuliani IbrahimBerita Harian27.05.2006
Saudara tahu wayang kulit budaya tradisional saudara?JebatMingguan Malaysia17.11.1974
Mesti tahu jenis khat dan alatannyaMuhammad Hj. SanifUtusan Melayu23.09.1993
Aku TahuRin AsBorneo Mail14.10.1993
Semakin tahu semakin banyak yang hilang - AripinHaslina AhmadMingguan Wanita03.02.1989
Tak Tahu Apa LagiAladdin MohamadUtusan Melayu22.11.1996
Kau Tahu?Hayati TanjulUtusan Borneo25.12.1996
Ingin tahu mengenai Aids terjawabZainawati MahmoodUtusan Malaysia22.01.1991
Aku Tahu ...Elly Masmira Mohd. SalamWarta Perdana05.09.1993
12345678910...

Kembali ke atas