Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~ kadal sj per­mainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk; ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memang­gil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang; mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; mengetukkan mengetuk utk: “Nanti aku pula jadi mangsa utk ~ engkau pintu.”; ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk; pengetuk sesuatu yg digunakan utk menge­tuk, tukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi ayam yg baru bertelur; berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru ber­telur), berkotek; barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj alat bunyi-bunyian spt canang besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ketukan pukulan dgn buku jari dll pd sesuatu. ketuk-ketuk alat isyarat drpd kayu berongga atau buluh (dipukul utk menandakan sudah masuk waktu sembahyang dll). mengetuk memukul sesuatu dgn buku jari dll: Sebelum masuk ke dlm bilik itu, dia ~ pintunya beberapa kali. pengetuk alat (spt palu) yg digunakan utk mengetuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bunyi spt bunyi ayam yg baru selesai bertelur. berketuk berbunyi spt bunyi ayam yg baru bertelur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketuk (kata kerja)
Bersinonim dengan pukul, palu, katuk, luku, sekeh, tutuk, tokok, tekek, guguh, getok, renyuh;,
Kata Terbitan : mengetuk, ketukan,

Puisi
 

Teluk Yong Kemadu Angsa,
     Tiga dengan Teluk Melati;
Ketuk dek tudung haram tak biasa,
     Hanya menjeling sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lampu Lanting Dan Ketuk-KetukNoraUTUSAN ZAMAN08.08.1982
Lampu Lanting Dan Ketuk-KetukNoraUTUSAN ZAMAN08.08.1982
Lampu Lanting dan Ketuk-ketukNoraUTUSAN ZAMAN08.08.1982
Lampu Lanting dan Ketuk-ketukNoraUtusan Zaman01.08.1982
Ketuk Keli permainan tradisional dihidupkan semulaTiadaUtusan Malaysia20.10.1992
Kau Ketuk Kamar IngatankuLim Swee TinMingguan Perdana01.04.1982
Kau Ketuk Pintu HatikuAnna MamatBacaria30.06.1990
Bani, Jangan Kau Ketuk Pintu Hatiku!Yatie AsfanMingguan Wanita05.01.1996
Berkali-kali Ku KetukAbdul Aziz H. MUtusan Zaman01.01.1977
Siapa sebenarnya Pak Sako ketukTiadaWatan06.10.1987

Kembali ke atas