Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindahKenaga SabaBorneo Mail14.09.1994
Memindahkan "pasar minggu" bermakna mendekatkan perniaga2 dengan"kubur"TiadaUtusan Zaman23.03.1964
Memindahkan Sepi Sajak Seorang Lelaki TuaLim Swee TinBerita Minggu10.10.1990
Memindahkan sesuatu adalah menyusahkanK. BaliSabah Times10.05.1993

Kembali ke atas