Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya; bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula; bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri. bermenantu mempunyai menantu. bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu; mengambil sbg menantu: Ia ~ orang yg terpelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MENANTU

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menantu-Mingguan Wanita22.03.1991
MenantuSabiri MurnisBerita Minggu06.08.1995
MenantuAbdul Hadi YusufUtusan Zaman07.04.1996
Menantu Mak LungAhmad J. HusseinMingguan Malaysia06.09.1987
Menantu EmakMuhammad Sayuti OmarMingguan Islam06.12.1985
Menantu Dari Kuala LumpurSetapha AwangBerita Minggu13.03.1977
Menantu MaksuAhmad J. HussinMingguan Timur07.06.1981
Menantu EmakC'Dah MailanMingguan Islam01.03.1986
Menantu EmakMuhammad Sayuti OmarMingguan Islam20.12.1985
Menantu Emak Orang BandarRaja Sabarudin AbdullahMingguan Malaysia01.11.1977
12345

Kembali ke atas