[me.la.yu] | ملايو
Definisi : nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.yu] | ملايو
Definisi : 1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)