Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peribahasa Untuk Y.B.Zurinah HassanMingguan Malaysia20.07.2008
Peribahasa : Cara halus berkiasDrs Ismail ArifBerita Harian14.05.1983
Peribahasa bahasa MelayuAhmad Mahmood MusanifUtusan Malaysia13.08.1994
Peribahasa Melayu perlu dikaji semulaHamzah OsmanUtusan Malaysia09.12.1995
Peribahasa, mencari inti kebijaksanaanJohan JaaffarUtusan Malaysia01.01.1996
Peribahasa Melayu negatif?Samad IdrisUtusan Malaysia16.12.1995
Peribahasa nilai minda MelayuSalbiah AniBerita Harian23.12.1995
Peribahasa, mencari inti kebijaksanaanTiadaUtusan Melayu01.01.1996
Peribahasa bentuk keperibadian bangsaRejab F. IBerita Harian24.04.1993
Peribahasa dengan adatNik Safiah KarimBerita Harian12.06.1995
1234

Kembali ke atas