Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Acara-acara kebudayaan sidang PATAKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia05.04.1986
Acara-acara menarik perayaan hari sastra siap diaturTiadaBerita Minggu09.09.1973
Acara-acara tradisi di Malam Aneka SeniAmir IshakMingguan Tanahair25.03.1982
Acara-acara menarik Minggu Sastera 1989TiadaUtusan Malaysia12.03.1989
Acara-acara menarik sempena Minggu Teater IbukotaKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia22.09.1987
Acara tradisi sambut pelancong di Ba'KelalanTiadaUtusan Sarawak17.04.2008
Acara menarik meriahkan sambutan 52 tahun DBPTiadaUtusan Borneo23.06.2008
Acara menarik sambut ulangtahun ke 10 GrupemuisiTiadaMingguan Wanita16.10.1987
Acara puisi bulanan Pena kembar tigaLadin NuawiBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.02.2002
Acara berbalas pantun masih diminati ramai masyarakat MelayuTiadaUtusan Malaysia06.09.1991
12345678910...

Kembali ke atas