Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öaib]/[aib] | عاءيب

Definisi : 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öaib]/[aib] | عاءيب

Definisi : 1 hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2 kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aib

Peribahasa

Mencabik baju di dada.

Bermaksud :

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Novel "Aib" sekadar cacatan seorang wartawanAstora J. BUtusan Melayu13.07.1996
Melayu aib, ghaib atau haprak?Shaidah ShafieBerita Harian15.11.2005
Seni dapat hapus perasaan aib pelukisAzemi BakarUtusan Malaysia08.08.1981

Kembali ke atas