Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja/] | اجق

Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : Mn sama dgn, seakan-akan, seperti; mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : ; ~-~ ayam pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. mengajak 1 meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. ajakan 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajak

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ajak pembaca teliti punca kelemahanTiadaBerita Harian20.03.2009
AZAM ajak media sebarkan simposium kebudayaanTiadaUtusan Sarawak09.01.2009
DBP ajak hayati lagu puisiElrafaei SapiHarian Metro19.11.2008
PM ajak orang Melayu bangkit bina negaraAkhbar:  Utusan Malaysia30.08.2001
Mahathir ajak rakyat kikis tradisi yang merugikanTiadaUtusan Melayu25.09.1987
Samad ajak semua kalangan berfikirKassim AhmadBerita Harian23.11.1989
DBP ajak guru susun buku sainsTiadaBerita Harian20.05.1974
GPMS ajak 50,000 ahli bantu usaha Utusan MelayuTiadaUtusan Melayu07.01.1988
Mimbar ajak penonton hayati nilai IslamBudiman Sobri AbdullahBerita Harian03.11.1988
Agi ajak penonton berlakon bersamanyaTiadaMingguan Wanita17.03.1989
1234

Kembali ke atas