Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Aksi pentaskan teater 'Kerja Gila'TiadaNew Sabah Times18.01.2006
Aksi terbang dalam Mana SetangginyaAbd Aziz ItarUtusan Malaysia13.06.2009
Aksi sepak terajang warnai pentas 'Sybil'Abd Aziz ItarUtusan Malaysia07.07.2008
Aksi Juhara menjadiNorhayati NordinHarian Metro25.02.2008
Aksi Remp-It menjadiNor Akmar SamudinHarian Metro12.08.2006
Aksi Orang Ulu memikatEllyna AliHarian Metro26.08.2006
Aksi Rendra menurunKetamBacaria18.03.1987
Aksi orang ramai terhadap akta baru mesin cetakTiadaMingguan Wanita18.12.1987
Aksi Tok Perak terlalu lama dan panjangAdam SallehHarian Metro02.11.1991
Aksi, Warisan berbalas pantunTiadaSabah Times17.05.1982
12345

Kembali ke atas