Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lih] | اليه

Definisi : pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yg lain); beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman); ~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain utk meluas­kan pandangan atau pengalaman dsb; ~ haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari men­jadi petang; ~ musim berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perem­puan; mengalih 1. = mengalihkan mengubah­kan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; ~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama mengganti nama; ~ sila ber­pindah duduk; ~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg hendak membalikkan per-kataannya; peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan ke-adaan hidup dll; pengalihan perihal (perbuatan dsb) meng­alih­kan, pengubahan, penggantian, pemin­dah­an (kuasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lih] | اليه

Definisi : ; beralih 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. ~ akal berubah akal atau pendapat. ~ angin a. pergi ke sesuatu tempat utk berehat-rehat. b. bertukar tempat tinggal atau tempat kerja. ~ haluan mengikut haluan yg baru. ~ musim berganti musim. ~ rumah berpindah rumah. mengalih 1 membuat supaya beralih; menukar; mengganti. 2 menukarkan tempat; memindahkan: Ibu telah ~ pasu bunga itu dr luar rumah ke dlm rumah. 3 mengganti sesuatu dgn yg lain; mengubah: Apabila kami sampai, mereka ~ perbualan mereka dgn yg lain. ~ langkah menukar pekerjaan. ~ nama menukar nama dgn nama yg lain. ~ sila mengubah cara duduk. peralihan perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. pengalihan perbuatan atau hal mengalih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Alih suara: langkah yang wajar RTM lakukanAinon MuhammadBerita Harian13.02.1985
Alih bahasa di TV: GPMS sokong Mohamad RahmatTiadaMingguan Wanita11.09.1987
Alih suara: langkah RTM patut di pujiAinon MuhammadBerita Harian19.10.1984
Alih bahasaKenaga SabaBorneo Mail17.10.1994
RTM tidak alih bahasa drama Cina, Tamil ke bahasa MelayuTiadaMingguan Sarawak13.01.2008
DBP ambil alih projekTiadaWatan20.06.1977
DBP ambil alih projek susun Kamus Universiti AustraliaTiadaUtusan Malaysia20.06.1977
DBP ambil alih projek Kamus Melayu-InggerisTiadaBintang Timur19.06.1977
FINAS ambil alih FFM 11Mohd. Lazim EndutUtusan Malaysia23.10.1993
Konsortium ambil alih 4 tugas Dewan Bahasa dan PustakaTiadaUtusan Malaysia23.02.1998
123

Kembali ke atas