Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai] | انداي

Definisi : = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ ada­nya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misal­­­an (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ® randai II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andai


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Andai terlupaAl-Hafidz LokmanUtusan Borneo21.01.2008
Andai Itu Takdirnya [Ulasan buku karya Siti Rosmizah Semail]Nur Azzureen Nor HishamBerita Harian01.05.2009
Andai Mahu BenarFirdhaus Hasraf HassanMingguan Malaysia27.07.2008
Andai Suatu Masa NantiZubaidah GaporBerita Minggu07.10.2007
Andai Senja DatangOmar RahmanMingguan Malaysia15.04.2007
Andai ini satu suratanAmylia HussainBacaria03.06.2006
Andai Aku Menjadi MelayuSharrul Rizal HashimMingguan Malaysia18.06.2006
Andai Aku KekasihBai KenanganBacaria15.11.1995
Andai Kau MengertiUmmie M. DMingguan Wanita18.07.1986
Andai sudah takdirAzlina MahadHiburan Media25.01.1997
123

Kembali ke atas