Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Anggota-anggota DPMP dilarang buat kenyataan akhbarTiadaUtusan Malaysia16.09.1981
Anggota dewan campur aduk bahasa ditegur-Kosmo19.04.2006
Anggota Exco tetamu khas Malam Budayawan-Berita Harian27.11.1985
Anggota IPK juara deklamasi puisiTiadaBerita Harian20.07.1998
Anggota Arqam perlu buat pilihan dari sekarangA Samad IsmailBwerita Harian23.07.1994
Anggota bebas parlimen kembali jadi ahli BerjayaTiadaUtusan Melayu09.01.1978
Anggota jawatankuasa ejaan agama Islam dari ahli-ahli pakarAmat Johari MoainUtusan Zaman20.07.1986
Bekas anggota bomba hasilkan bukuTiadaMingguan Sarawak13.04.2008
35 anggota Sriwana ke SarawakTiadaUtusan Malaysia20.10.1982
Jadi anggota badan hakcipta tak untungAhmad SaadiBerita Harian11.02.1976
123456

Kembali ke atas