Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. mengansur 1 melakukan sesuatu berdikit-dikit: Ia ~ kerjanya dr sehari ke sehari hingga selesai. 2 bergerak atau berengsot sedikit demi sedikit: Orang tua itu ~ ke muka pintu. mengansurkan 1 membawa (menyorongkan, menghulurkan dsb) ke depan: Sambil berbual-bual, dia ~ para tetamu ke meja hidangan. 2 memberikan sesuatu atau membayar (hutang dsb) sedikit demi sedikit: ~ hutang. ansuran bayaran yg dibuat sedikit demi sedikit utk mengurangkan hutang: Cincin berlian itu dibelinya secara ~ RM50/- sebulan. pengansuran perbuatan (hal, cara dsb) mengansur atau mengansurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansur

Peribahasa

Akal tak sekali datang,
     runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Bermaksud :

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ansur SeriTiadaUtusan Melayu14.08.2006
Tolak ansur kerakyatan pengorbanan besar MelayuMohd Ayop Abd RazidBerita Harian24.12.2008
Tolak ansur kerana perpaduan, kata TunkuTiadaBerita Harian23.08.1985
Tolak ansur guna bahasa InggerisTiadaBerita Harian26.02.1998
Tolak ansur dalam pertahankan ciri-ciri kebudayaan tradisiTiadaBerita Minggu23.09.1984
Tolak ansur berjaya tamatkan selisih fahamZabhaMerdeka01.09.1986
Tiada tolak ansur gagal hormati dasar bahasaAkhbar:  Utusan Malaysia08.09.2000
Tiada tolak ansur dalam soal bahasaJiBerita Harian03.08.1995
Tiada tolak ansur dalam soal bahasaTiadaBerita Harian29.01.1987
Tiada tolak ansur soal bahasaTiadaBerita Harian05.05.1998
12

Kembali ke atas