Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tur] | اتور

Definisi : ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya; mengaturkan 1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; beratur bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. mengatur 1 menyusun atau menempatkan baik-baik: Ia sedang ~ buku-bukunya di dlm almari. 2 membuat supaya segala-gala rapi; mengemas: ~ rumah tangga. teratur tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. aturan 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. keteraturan keadaan teratur; ketertiban: Kami kagum melihat ~ pekerja-pekerja itu menjalankan tugas. peraturan segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. berperaturan mempunyai peraturan: Kita hendaklah ~ dlm melaksanakan tugas masing-masing. pengatur orang yg mengatur; alat utk mengatur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Atur jadi melaki bini raban bansa IbanAnya KedapUtusan Borneo07.04.2008
Atur cara kongres bahasa dan persuratan melayu VIITiadaUtusan Melayu06.11.2006
Atur strategi tingkatkan penguasaan bahasa kebangsaanG. ManimaranUtusan Malaysia03.04.1996
Atur pertemuan dengan A. SamadRoslan Mat NongBerita Harian22.12.1989
Atur watak utama dengan telitiOthman PutehBorneo Mail02.11.1991
IPS atur strategi mantapkan kehadiranMohd Azrone SarabatinBerita Harian01.05.2008
DBP atur pelbagai program tingkatkan kemahiranTiadaBerita Harian09.04.1986
RTM atur rancangan kenangan Allahyarham P. RamleeTiadaUtusan Melayu22.03.1983
Pelita atur persiapan anjur simposiumTiadaUtusan Melayu19.03.1985
Puspa atur rancangan pupuk bakat-bakat seniWan Ahmad JaafarUtusan Zaman10.04.1983
1234567

Kembali ke atas