Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.was] | اوس

Definisi : 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.was] | اوس

Definisi : 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awas


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Awas, jangan terbawa2 ke bahasa MalaysiaAdibah AminBerita Harian26.05.1982
'Awas iklan media massa'Datuk Mahammeed SopieeWatan14.03.1991
Awas! ada orang menangguk di air jernih..Adibah AminUtusan Malaysia13.12.1991
Awas...! wanita-wanitaHantu RayaUtusan Melayu23.08.1976
Awas! jangan jual tanah mika...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia28.03.1985
Awas sandiwara MahathirYahya IsmailMingguan Kota03.12.1989
Awas! jangan "Malay Dilema jadi "Malay Drama" pulaKadir AhmadUtusan Zaman31.01.1982
Awas dengan penumpang anda!Abd. Wahab HamzahUtusan Malaysia03.12.1994
Awas pukulan gayungRiadz RadziHarian Metro (Variasi)18.01.2006
Kontras antara "Awas" dan "Mutiara"Ruhi HayatMingguan Malaysia23.07.1973
12

Kembali ke atas