[a.wét] | اويت
Definisi : (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama; mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan; pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.wét] | اويت
Definisi : /awét/ tidak lekas rosak; tahan lama: makanan ~. ~ muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. mengawetkan menjadikan tahan lama: ~ buah-buahan. pengawetan proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)