Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bagaimana memaknakan puisi?Dahiri SainiUtusan Sarawak17.01.2008
Bagaimana watak 'Superman' menakluki duniaJohan JaaffarBerita Minggu15.02.2009
Bagaimana calon tidak layak temuduga pun boleh terpilih?-Harakah01.03.2007
BagaimanaAbdul Rahim AbdullahSiasah16.02.2007
BagaimanaNajmiMingguan Malaysia05.11.2006
Bagaimana menjadi petah berucapTarmizi SelamatUtusan Malaysia26.10.2001
Bagaimana Mahu Ku NyatakanMuhd. Mansur AbdullahBerita Minggu (Sastera dan Budaya)07.10.2001
Bagaimana AgaknyaNordin AbdullahUtusan Melayu14.08.2000
Bagaimana bahasa kebangsaan dibina dan dikembangkan di negara iniHassan AhmadUtusan Melayu17.08.1986
Bagaimana tepuk begitulah tarinyaAdibah AminUtusan Melayu08.01.1991
12345678910...

Kembali ke atas