Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.las] | بالس

Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : Pl curi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Balas SuratNina KiranaMingguan Tanahair30.10.1986
Cendekiawan balas dakwaan Baha Zain: "kami membisu kerana dihalang"TiadaWatan08.04.1988
Awang Balas DendamZakaria AhmadMingguan Wanita04.09.1987
Maklum balas dikaji: PMKadir DikohBerita Harian19.08.2002
PPSMI: Maklum balas masih terbukaSiti Maisarah Sheikh Abd RahimUtusan Malaysia20.03.2009
Penulis kreatif balas dendam di JohorTiadaBerita Harian14.12.1973
Negara barat balas dendamSubky LatifWatan15.06.1982
Tak sempat balas jasa "Abah"Nik Naizi HusinBacaria09.03.1988
Cucu Jebat balas dendamTiadaBerita Harian01.07.1988
Orang Melayu bertindak balasShaharom HusainMerdeka01.06.1984
123

Kembali ke atas