Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.li/] | باليق

Definisi : 1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.li/] | باليق

Definisi : ; ~ adap sj tumbuhan (pokok menjalar), a) Mussaenda mutabilis; b) Mussaenda glabra; (daun) ~ angin sj tumbuhan (pokok), a) tapu, sedangar, Mallotus barbatus; b) Mallotus marcrotachyus; c) Mallotus paniculatus; akar ~ adap sj tumbuhan (pokok), akar kupur, Rubus glomeratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.li/] | باليق

Definisi : 1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.

Bermaksud :

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Balik-balik itu juga..OdaHarian Metro31.08.1992
Balik kampung atau balik ke kampungSupian Mohamad NoorWatan14.07.1995
Balik kampung bila jadi heroSiti Mariam Md. ZainMingguan Malaysia22.07.2007
Balik KampungIsmaily BungsuBorneo Mail12.09.1993
Balik melancong: melengung!Pak SakoMingguan Famili23.02.1986
Balik daripada Hari Sastera 6Hantu RayaUtusan Melayu28.04.1980
Balik KampungMutalib HassanBacaria18.09.1984
Balik KampungMuhd. Nasruddin DasukiHarian Nasional21.05.1984
Balik KampungAmi MasraBerita Minggu (Sastera dan Budaya)01.12.2002
Di balik Tabir MisteriErmaHarian ekspres23.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas