Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tah] | بنته

Definisi : perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tah] | بنته

Definisi : ; berbantah tidak bersetuju antara satu dgn yg lain; bertengkar: Mula-mula mereka bermain-main, kemudian ~, akhir-akhirnya bertumbuk. membantah tidak menyetujui pendapat orang lain; menentang atau melawan perkataan atau pendapat orang: Setelah mendengar nasihat guru, murid-murid tidak ~ lagi. memperbantahkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk berbantah; mempertengkarkan: ~ harta pusaka; Usah ~ perkara yg kecil itu. bantahan apa-apa yg dikatakan utk membantah: Kalau tidak ada ~, kita luluskan saja usul ini. perbantahan perbuatan berbantah; pertengkaran; perdebatan. pembantahan perbuatan membantah; penyangkalan. pembantah orang yg (suka) membantah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
bantah PPSMI: 5 individu dibebasTiadaUtusan Malaysia09.03.2009
Bantah PPSMI: nafi ada dalangTiadaHarian Metro10.03.2009
Bantah PPSMI: lapan ditahanTan Ming WaiMingguan Malaysia08.03.2009
Bantah cadangan rombak subjek Komsas [memahami isu tunjuk perasaan Pak Samad]Al-Abror Mohd YusofHarian Metro29.01.2008
Bantah tindakan kekerasanTiadaWatan17.01.1991
Bantah pengharaman Tempo: Rendra turut ditahanHanafiah ManUtusan Malaysia28.06.1994
Bantah kongres: ahli dakwa tak tahuTiadaWatan13.12.1988
Perhimpunan bantah PPSMI cetus kekecohanZulkofli Jamaluddin, Nurul Adlina Kamaludin Dll.Berita Minggu08.03.2009
Perhimpunan bantah PPSMI dapat permitTiadaBerita Harian07.03.2009
Penduduk bantah papan tanda pelbagai bahasa-Utusan Malaysia24.07.2008
123456

Kembali ke atas