Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
BarahZaleha HashimBerita Minggu01.10.1965
Plagiat: barah dalam sasteraNorhisyam MustaffaMingguan Malaysia28.08.1987
Royalti barah dalam kesusasteraanDharmala N. SWatan01.05.1991
Cha BarahNorzahMingguan Malaysia01.04.1971
Di Barah Payung KasihWaidayulMetro Ahad20.05.2001
Penyakit BarahSiti Farhan MohamedBacaria24.07.2002
Cara menangani barah buah dadaMohamed JusohUtusan Malaysia20.10.1998
Diserang penyakit barah limpa sejak April: Adam Malik meninggalTiadaBerita Harian06.09.1984
Boestamam disahkan mengidap barah paru-paru: ada bezanya antara uzurdan sakit tenat..Sabariah AbdullahBerita Harian13.01.1983
Keganasan sudah jadi 'barah' si IndiaAbdul samad IsmailBerita Harian25.05.1991
12

Kembali ke atas