Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat] | بارت

Definisi : 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : sesat; sesat ~ sesat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : 1 arah tempat matahari masuk: lw timur: Ke sebelah ~ negeri Pahang ialah negeri Selangor. 2 negara-negara di sebelah Eropah dan Amerika: bangsa ~ bangsa Eropah atau Amerika (spt Inggeris, Jerman dll). ~ daya arah di antara barat dgn selatan. ~ laut arah di antara barat dgn utara. membaratkan 1 menghalakan ke sebelah barat. 2 menjadikan secara Eropah atau secara Amerika. kebarat-baratan berlagak spt orang barat (Eropah atau Amerika). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Barat mahu terus menjajah?Rustam A. SaniUtusan Malaysia21.03.1994
Barat tohmah al-QuranJamaludin ImanUtusan Malaysia05.03.1994
Barat tentukan agendaTiadaUtusan Malaysia23.09.1993
Barat pandang serong orang MelayuZakaih HanumBerita Minggu16.07.1995
Barat tu syaitan..Adibah AminUtusan Malaysia11.03.1988
Barat jahil tentang Rasulullah dan perempuanTiadaUtusan Melayu17.07.1996
Barat bukan penentu tamadun MelayuSahlan Mohd SamanBerita Harian26.02.1997
Barat anggap sastera Indonesia ketinggalanTiadaBerita Harian22.10.1997
Barat "miskin" alam semula jadi - RubbecaNorbaya MusaUtusan Malaysia17.04.1993
Barat banyak meniru teknik IslamWan Zahari AliBerita Minggu12.07.1981
12345678910...

Kembali ke atas