Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengintai Basah PelaminJamaludin DBerita Minggu (Sastera dan Budaya)28.04.2002
Bulan BasahJamudin DBerita Minggu29.03.1998
Tangkap BasahHelmi HamimMingguan Wanita08.10.1993
Tangkap BasahAbdul Rahim AbdullahMedia Islam12.06.1992
Tangkap BasahAbdul Rahim AbdullahMedia Islam20.06.1992
Tangkap BasahOnn Abdul RahmanUtusan Zaman01.08.1962
Lagu Musim BasahSolihin OsmanBerita Minggu23.12.2007
Disember Yang BasahKamal SujakMingguan Malaysia25.11.2007
Beting Beras Basah ada logik sejarahSalbiah AniBerita Minggu14.04.1994
Seluruh Malam Basah (Oleh Hujan)Lim Swee TinMingguan Watan26.05.1996
123

Kembali ke atas