Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan terhadap mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematian: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~. 2 analisis, kajian semula, perbincangan dsb terhadap sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, utk melihat kelemahan, punca kegagalan dsb: Parti itu akan membuat ~ ekoran kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini. membedah siasat melakukan bedah siasat terhadap seseorang atau sesuatu: Beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bedah siasat sayembara puisi perlu (diwawancara oleh Hassan Omar)Akhbar:  Berita Harian (Sastera dan Budaya)27.11.2004
'Bedah siasat' karya pemenang NAB 2001Salbiah AniBerita Harian30.09.2003
KLIFF07 perlu 'bedah siasat'Adam SallehMetro Ahad09.12.2007
Sayembara puisi perlu bedah siasatA. Rahim AbdullahBerita Harian05.08.1998

Kembali ke atas