Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la] | بلا

Definisi : (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : /béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la] | بلا

Definisi : ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bela

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Kancung,
     Ambilkan saya papan biola;
Makan minum boleh ditanggung,
     Sakit pening siapa nak bela.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bela bumi Palestin melalui puisiIdris MusaHarian Metro02.03.2007
Bela jawi: bukan bernostalgiaAwang Mohamad AminUtusan Malaysia28.02.1998
Bela karangan dan rencanaSubky LatifMingguan Wanita27.05.1983
Akhbar bela nasib MelayuSapora SiponUtusan Malaysia02.06.2008
Usaha bela nasib warga seniRozdan MazalanBerita Harian16.07.2008
Masnah bela wanita teraniaya [Ulasan buku Pelangi Hidup Antologi Cerpen 1979-2008 karya Masnah Rais]Salbiah AniBerita Harian11.07.2008
Ras bela insan malangMohd. Nasif BadruddinHarian Metro17.08.2006
Siapa bela siapa?Imlan AdabiBacaria24.06.1987
Peguam bela Anwar pertikai guna bahasa MelayuTiadaUtusan Malaysia31.10.1998
Kritikan, bela diri dan fitnahAbdul Samad IsmailBerita Harian24.12.1994
12345

Kembali ke atas