Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : belalak; membelalang membelalak; membelalangkan membelalakkan (mata): kalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : ; akar ~ puak sj tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Belalang! oh Belalang!Nafsiah JaniHarian Metro17.05.1993
Belalang HijauNazim Mohd. SubariWarisan Nasional13.05.1990
Belalang HijauNazim Mohd. SubariWarisan Nasional30.05.1990
BelalangNajmiMingguan Malaysia20.06.2004
Pak Belalang mahu bersihkan namanyaTiadaWatan07.07.1981
Igau BelalangRahilah AbdullahBerita Minggu10.04.1988
Igau BelalangRahilah AbdullahBerita Minggu10.04.1988
Rapat BelalangGhazali LatehBerita Minggu (Sastera dan Budaya)31.12.2000
Sidang Pak Belalang bawa mesej baruShamsudin Abu BakarBerita Harian11.08.1998
Tupai dan belalang bawa tuah pada jurugambarTiadaMingguan Malaysia11.08.1985
12

Kembali ke atas