Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1 alat utk mengekang kaki atau tangan; gari; sengkela. 2 ki sesuatu yg mengikat sehingga menyebabkan tidak bebas lagi: ~ penjajahan. membelenggu 1 mengenakan belenggu pd. 2 ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belenggu


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Belenggu MerdekaAin AbidUtusan Zaman29.08.1993
"Belenggu" drama terbaru Centre StageTiadaUtusan Malaysia11.08.1993
'Belenggu' paparkan maksud tertentuKalsum AhmadBacaria01.09.1993
Belenggu Sebuah PencarianAl HisyamWarta Perdana22.10.1995
BelengguMahmud EddieBerita Minggu22.06.1997
Belenggu SepiUdin RaisBacaria19.06.1993
Belenggu Dalam RealitiChe Norhayatie Che DaudMinda Pelajar15.05.1995
Belenggu warisan klasik tak mudah dihindar: Prof TaibTiadaBerita Harian03.12.1979
BelengguIsmail HashimMingguan Malaysia19.02.1984
Belenggu penerbitan majalah MelayuSuriati ShamsuddinUtusan Malaysia10.06.2003
12

Kembali ke atas