Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Benda-benda purba di TembelingPak Pandir ModenUtusan Malaysia23.12.1982
Benda-benda ganjil yang berlalu dalam zaman modenPak SakoUtusan Zaman25.09.1983
Rancangan membanyakkan benda-benda makananPak SakoUtusan Zaman20.10.1985
Benda rahasia di-chariHamidon BahariBerita Harian16.02.1963
Benda ajaib yang kedelapan di dunia?Hantu RayaUtusan Melayu27.07.1981
Benda sejarah ditakrif ada kaitan dengan budayaGhazali YahayaNusantara29.01.1990
Benda Itu Datang LagiSyafikah EffendaUtusan Zaman10.11.1968
Benda Sulit di MTCAkhbar:  Berita Harian21.05.2005
Benda Sulit tiada elemen kotorAni AwangUtusan Malaysia (Mega)13.06.2005
Benda Sulit di MTCAkhbar:  Berita Harian30.04.2005
123

Kembali ke atas